referal

Baca Qur'an

Tuesday, December 7, 2010

HAKIKAT PERNIKAHAN

A. Tujuan Perkawinan

Perkawinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkawinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ia akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dgn kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan. Melalui perkawinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa karena perkawinan yang harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani. Perkawinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ia takmudah dilupakan bagi orang-orang beriman.
IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami.
QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu.
Kalimah ini pendek namun mengandung makna yang mendalam.


B. Walimatul Urus


Perkawinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah :
1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah
2. Menghindari dari perbuatan mubazir
3. Mengundang fakir miskin


C. Hikmah Perkawinan


Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaan pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibubapa adalah orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman.

Firman Allah SWT :
" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita(isteri) oleh krn Allah telah melebihkan sebagian mereka atau atas sebagian yang lain dan disebabkan krn para suami telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) krn Allah telah memelihara mereka..." (An-Nisa':34)

Rasulullah SAW menguraikan makna ayat di atas bahwa, lelaki yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik ialah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada di rumah.
Perkawinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Perkawinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.


D. Nikah dengan Wanita Hamil yang Berzina


a. Dilarang lelaki mengawini wanita hamil yang sah keturunan kandungannya.
b. Dihalalkan lelaki mengawini wanita hamil dengan sebab- sebab perzinaan.
c. Menurut Mazhab Hanafi, perkawinan itu sah tetapi belum boleh bersama selagi kandungan belum lahir kecuali kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri.
d. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik hamil atau tidak, tidak oleh dikawini oleh lelaki yang tahu keadaannya itu.

Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh dikawini lelaki lain misalnya perempuan yang bercerai atau hamil krn persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang disangka isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).


E. Mengetahui Masa subur isteri


Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid.Masanya berbeda. Perbedaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Dari haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bagikan pada 4 tahap :
a. masa haid
b. masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.
c. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan mengberhentikan kedatangan haid.
d. masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan krn tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.

Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur.

Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, utk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari. Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih bisa menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu. Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur.

Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru.

hari 1 7 14 21 28
tahap -- haid -- -tak subur- -- SUBUR -- -tak subur-


F. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan


Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang artinya, " Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jenis kelamin janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa.

Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jenis kelamin, lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya :
"Sel telur yang menghamilkan krn masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah . terkadang letaknya di sebelah kanan, kadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percobaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris.Hasilnya adalah 97% dari percobaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan krn ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori pembentukan jenis kelamin anak adalah seperti berikut :
q Caranya :
1. Waktunya : Pada masa subur isteri krn pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah

3. selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.

4. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.

Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.

Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha"

q "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesehatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki.

Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasakan apabila telah mencoba.


G. Amalan suami semasa isteri mengandung


Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :
1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Kamis dll.
4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solat berjemaah.
5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri
8. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta uang riba.
9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
10. Dilarang membuka aurat krn dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
11. Suami hendaklah menjauhi diri dari marah dan benci pada isteri.
12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.


H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung


Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri krn perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian dari suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :
1. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari dari bersikap kejam terhadap isteri.
3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang terjadi dengan isteri sebelum masuk tidur.
4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "
6. Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.


I. Dorongan Suami semasa isteri bersalin


Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses menjaga kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyak berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya memompa darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri krn ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung- jawab yang berat itu.


J. Mengapa bayi lahir cacat

Kelahiran bayi cacat mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa krn anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncaknya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan peny., pemakaian obat2an dan bahan kimia, masalah makanan, rokok, arak dan sebagainya. Banyak orang percaya bahwa wanita yang cacat melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, Tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.


K. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak


1. Menanam uri
Kebanyakan dari kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Disaat-saat kegembiraan menerima anggota baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma kan kepada Perusahaan swasta. Kemudian uri itu diproses utk memperoleh hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan kosmetik. Sebagian ibu bapa Cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman dekat bayi didalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik krn menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan Tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak
Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan keberhasilanya. Doa Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah. Lima perkara yang mempengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa :
a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahwa Allah SWT itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya dari Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.

Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40



artikel :
http://www.canboyz.co.cc/2010/04/hakikat-dan-tujuan-perkawinan.html

2 comments:

Unknown said...

longchamp, ray ban sunglasses, chanel handbags, nike air max, louis vuitton, replica watches, longchamp outlet, louis vuitton outlet, ugg boots, nike roshe run, tory burch outlet, ray ban sunglasses, air max, louis vuitton outlet, uggs on sale, longchamp pas cher, louboutin pas cher, kate spade outlet, louis vuitton, oakley sunglasses, prada outlet, oakley sunglasses, longchamp outlet, gucci outlet, nike air max, nike free, oakley sunglasses, nike free, michael kors, tiffany jewelry, prada handbags, louboutin, polo ralph lauren outlet, christian louboutin outlet, ralph lauren pas cher, replica watches, polo ralph lauren outlet, nike outlet, louboutin shoes, louboutin outlet, sac longchamp, ugg boots, louis vuitton, air jordan pas cher, burberry, oakley sunglasses, jordan shoes, cheap oakley sunglasses, ray ban sunglasses, tiffany and co

Unknown said...

moncler, canada goose outlet, canada goose outlet, swarovski crystal, thomas sabo, louis vuitton, pandora jewelry, wedding dresses, pandora jewelry, moncler, supra shoes, ugg,uggs,uggs canada, pandora charms, moncler, canada goose, swarovski, lancel, barbour jackets, ugg,ugg australia,ugg italia, moncler, moncler, moncler outlet, canada goose uk, karen millen, moncler, barbour, canada goose, hollister, montre pas cher, marc jacobs, pandora charms, juicy couture outlet, toms shoes, moncler, replica watches, sac louis vuitton pas cher, bottes ugg, doudoune canada goose, juicy couture outlet, ugg boots uk, ugg pas cher, links of london, canada goose, louis vuitton, louis vuitton, canada goose, louis vuitton, coach outlet